Thursday, March 17, 2016

Resepi Aiskrim Choki Choki

Ingatkan tudung jer yang jadi trend...aiskrim malaysia pun ikut peredaran zaman juga..siap jadi viral lagik...tp tak pasti lah sapa yang mulakan dulu........sebenarnya aiskrim ni dari zaman saya kecik lagi dah ada...dulu harga seposen jer.pastu makin naik makin naik rege....kalu dulu2 perisa yang biasa org buat sirap...asam boi..milo...sekarang ni dah di 'hipster' kan dengan perisa choki-choki dan sumi (jelly).....Coklat Choki-choki ni pun kira legend la sbb dari saya kecik sampailah sekarang masih ada...so saya pun nak try jugak la buat aiskrim ni...macam2 versi resepi ada....kali ni saya cuba resepi dari FB Dari Dapur Seorang Amatur....resepinya lebih kurang jer dengan yang lain2...cuma olahan ada sikit beza...
 
ni resepi yang saya buat

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat manis
4 tin air masak
coklat Choki-choki
sedikit garam
plastik aiskrim(yang panjang)

cara-cara: 
1. Masukkan kesemua bahan dan masak sekejap atas api kecil.
2. Kemudian tuang lurutkan choki choki dalam plastik aiskrim  dan tuang campuran susu.
3. Selepas itu, pusingkan plastik beberapa kali untuk memudahkan di simpul. 
4. Letak dalam peti ais sehingga beku.

**tips dari saya
-saya tak masak pun sbb dah guna air masak malas nk letak atas dapur
-jangan terus curah 1 tin susu pekat sebab takut terlalu manis...tuang sikit2 yer
-ada sesetengah resepi tu campur sedikit tepung jagung...terpulang pd pilihan masing2
-boleh juga gantikan choki choki dengan sumi jelly@buah-Buahan@biskut oreo
-boleh juga warnakan bancuhan susu itu 
-kalu nak mudah potong dua choki choki tu dan lurut kan dalam plastik aiskrim. saya guna separuh utuk 1 plastik. terpulang pada citarasa masing2

ni aiskrim  sumi yang Balqis buat dengan mak sedara dia....kalu bab2 gini mmg rajin la menolong...Bear Bear kesayangan mmg slalu entreprem...sayang sangat tu... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...