Tuesday, January 21, 2014

'Nok beli nasik kunyit se!' I Resepi Nasi Pulut@Pulut Kuning versi tanak


 Inilah sarapan pagi saya hari ini. Akhirnya berjaya masak nasi pulut ini dengan jayanya setelah beberapa kali mencuba. Hangit, hangus, lembik  dan tawar memang dah rasai semua. Memang agak sukar nak masak nasik pulut versi tanak ni, salah sukatan memang tak jadi la. 

Nasik pulut versi tanak memang kegemaraan saya. Ditambah pula makan bersama dengan ikan kukus, perghhh memang terbaik la. Semestinya yang Mak masak paling sedap. Setiap kali balik kampung saya akan buat permintaan kat Mak, selalu minta Mak masak lebih supaya dapat tambah. Tapi mak kata susah masak banyak sebab pulut tak sempat masak dah hangus bahagian bawah. 

Apa bezanya nasi pulut yang kita selalu makan kat kenduri dengan yang ini? Sebenarnya sama sahaja cuma cara penyediaannya berlainan. Kalau di Terengganu, kat tempat saya, daerah lain mungkin berbeza panggilannya, pulut kuning disebut nasik kunyit. Ada dua jenis pulut, orang akan kata nasik pulut gaul nyor (kelapa) atau nasik kunyit@nasi pulut kuning. Nasi Kuning sangat berbeza yer...sama sekali tak sama. Nasi pulut ada dua versi, satu dikukus (yang ini biasanya dimakan ketika kenduri), di masak dalam kuantiti yang banyak, dan biasanya dimasak untuk jamuan. Manakala versi satu lagi ialah tanak. Tanak maksudnya kita masak dengan mencampurnya semua bahan dalam periuk kemudian letak atas dapur tunggu hingga masak. Sesuai untuk kuantiti sedikit sebab akan mudah hangus dan tak masak kalau masak dalam kuantiti yang banyak. Sesuai untu sarapan pagi.

Pilihan saya semestinya nasik pulut tanak berbanding pulut kukus yang agak muak kalau makan bertambah. ini pada saya yer. lain orang lain rasa. Lauk apa-apa pun boleh dimakan bersama nasik pulut seperti rendang, serunding, gulai ayam, gulai daging, gulai ikan. Pada saya , makan dengan ikan kukus lagi sedap.

perrrghhh...entry panjang lah pulak kali nin. Ok saya nak kongsi resepi saya ini berdasarkan pengalaman yang saya dah lalui ketika memasak nasik pulut ini.

Resepi: Pulut Kuning versi tanak

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
santan pekat
air panas
daun pandan
sedikit minyak
sedikit garam
pewarna kuning [saya guna serbuk kunyit ajer]

cara-cara:
Campuran air panas dan santan tu agak-agak la kepekatanya. Jangan terlalu cair. Tak perlu banyak. Campulkan kesemua bahan dalam periuk. Santan tu sukatannya kurang dari sukatan kita masak nasi biasa. Ini untuk elak nasi lembik. Masak dengan api yang betul-betul kecil untuk elak nasi hangus dan tak masak. Bila dah kering sedikit, karih (guna senduk untuk ratakan nasi) nasi supaya tak berkerak. Tak apa letak santan sedikit kurang, sebab kalau nasi keras boleh ditambah air panas. Kalu tersalah lembik memang dah tak boleh buat apa dah.

sekian, selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...