Sunday, January 26, 2014

Minum Dutchlady 123, 456 dapat hadiah

 Alangkah ruginya kalau bungkusan susu anak kita buang begitu sahaja sedangkan kita boleh dapat ganjaran daripadanya. Bayangkan bertahun-tahun anak kita minum susu, mesti banyak pek susu yang kita buang. Untuk pengetahuan, kebanyakkan jenama susu memberikan ganjaran kepada pembeli setia dimana pembeli perlu kumpul barkod atau sudu pencedok yang kemudiannya ditukar kepada hadiah. Tak ada lah kita buang begitu sahaja kannnnn...

Dua orang anak saya minum susu Dutchlady, jadi bayangkan banyak mana pek susu yang saya ada...jadi sampah-sampah ini sebelum saya buang, saya akan pastikan barkod dipotong terlebih dahulu. Kumpul banyak-banyak kemudian hantar ke Dutchlady untuk redeem hadiah ataupun simpan dalam akaun terlebih dahulu sementara menanti mata ganjaran cukup untuk tebus hadiah. Setakat ini saya dah dua kali hantar barkod dan telah tebus 2 pek susu. Tak sampai lagi...hihihi...selain pek susu...ada banyak lagi hadiah yang menarik disediakan seperti mainan, baucer, pekakas elektrik dan lain2. Pada saya mainan anak2 dah banyak jadi kali ini biarlah tebus benda yang boleh diguna. Sekurang-kuragnya dapat jimat duit dapur.

Macam mana nak join? Mula-mula semestinya kena daftar sebagai ahli kelab. Klik kat http://www.smartmoments.com.my/
isikan maklumat yang dikehendaki. Kat situ boleh dapatkan katalog penebusan, borang tebus mata ganjaran dan nak semak baki mata ganjaran pun boleh. Selain itu, Dutchlady ni aktif buat contest. Jadi boleh dapatkan maklumat terkini di laman web mereka. 

Oh, sebelum terlupa pek susu untuk baby tak termasuk dalam promosi ini yer. So, jangan simpan barkod yer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...