Tuesday, January 28, 2014

Shopping baju raya RM21 @ Hush Puppies

Mak aihhhh...awalnya beli baju raya....
tak apa bersiap sedia dari sekarang nanti tak adaah kelam kabut dekat nak raya...

Nipulah bayar RM21 je...Butik HUsh Puppies tu mahal tau baju dier.....betul saya bayar RM21 jer...x tipu....selebihnya baucer yang tolong bayarkan...hahhahha...

Ni hasil tebus baucer yang saya menang haritu. Pada asalnya nak jual tapi harga yang di tawarkan oleh pembeli teralu rendah jadinya saya wat keputusan untuk tebus. Susah okey nak pilih baju kat sini....semua lawa rambang mata tapi setiap kali yang berkenan mesti benda TU ada...ishhh...takkan nak beli jugak kan....memang jenuh lah mencari baju yang tak ada benda TU....akhirnya jumpa jugak....dan hasilya 3 helai TShirt untuk anak-anak dan sehelai seluar jeans. Kalu ikut harga tag memang kena bayor RM350++, mau terbeliak mata laki den kalu shopping bayar duit sendiri. Tapi masa itu ada sale, adalah diskaun, so dengan baucer RM150, saya perlu tambah RM21 jer.....happyyyyy

TU tu adalah logo jenama Hush Puppies....mmg kena sekeh di laki den kalu beli gak yang ada gambar TU...tak de sensiviti....mesti org pelik bila aku masuk butik nih masa itu...hihihi 

Monday, January 27, 2014

Malunya muka masuk majalah popular-SERI DEWI&KELUARGA OKT2013

Dah lama terpampang pun, cuma baru kali ini nak buat entry...hahaha....x apa la...untuk rekod saya....ingatkan xde yang perasan gambar kami, rupa2nya ada kawan husband yang perasan...malunyaaaaa.... 

Ingat saje2 suka ker nak tayang muka....tak der maknanya yer kalau nak tayang muka free....hahhahah semestinya sebab ada hadiah... yang terpilih akan dapat hamper produk Dairy Champ dan Goodday...
kan best tu...boleh jimat....sebenarnya memang tak sangka pun akan tersiar. Almaklumlah hantar pun gambar print pakai printer biasa jer. Jadi kualitinya tak adalah bagus sgt. Tapi Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Surat kemenangan ini baru dapat awal Januari haritu. Punyalah lama nak dapat dan yang tak disangka, diberi hadiah tambahan berupa baucer makanan Texas Chicken bernilai RM50....mak suke mak suke....tapi kat mana kedai ni yer? xpernah pergi apatah lagi makan...KFC tau ler bersepah2 kedainya....xper En Google kan ada..... 

Sunday, January 26, 2014

Minum Dutchlady 123, 456 dapat hadiah

 Alangkah ruginya kalau bungkusan susu anak kita buang begitu sahaja sedangkan kita boleh dapat ganjaran daripadanya. Bayangkan bertahun-tahun anak kita minum susu, mesti banyak pek susu yang kita buang. Untuk pengetahuan, kebanyakkan jenama susu memberikan ganjaran kepada pembeli setia dimana pembeli perlu kumpul barkod atau sudu pencedok yang kemudiannya ditukar kepada hadiah. Tak ada lah kita buang begitu sahaja kannnnn...

Dua orang anak saya minum susu Dutchlady, jadi bayangkan banyak mana pek susu yang saya ada...jadi sampah-sampah ini sebelum saya buang, saya akan pastikan barkod dipotong terlebih dahulu. Kumpul banyak-banyak kemudian hantar ke Dutchlady untuk redeem hadiah ataupun simpan dalam akaun terlebih dahulu sementara menanti mata ganjaran cukup untuk tebus hadiah. Setakat ini saya dah dua kali hantar barkod dan telah tebus 2 pek susu. Tak sampai lagi...hihihi...selain pek susu...ada banyak lagi hadiah yang menarik disediakan seperti mainan, baucer, pekakas elektrik dan lain2. Pada saya mainan anak2 dah banyak jadi kali ini biarlah tebus benda yang boleh diguna. Sekurang-kuragnya dapat jimat duit dapur.

Macam mana nak join? Mula-mula semestinya kena daftar sebagai ahli kelab. Klik kat http://www.smartmoments.com.my/
isikan maklumat yang dikehendaki. Kat situ boleh dapatkan katalog penebusan, borang tebus mata ganjaran dan nak semak baki mata ganjaran pun boleh. Selain itu, Dutchlady ni aktif buat contest. Jadi boleh dapatkan maklumat terkini di laman web mereka. 

Oh, sebelum terlupa pek susu untuk baby tak termasuk dalam promosi ini yer. So, jangan simpan barkod yer.

Wednesday, January 22, 2014

Kakak dan adik jadi baby makan nestum sampai habis I Free gift from nestle cerelac yogurt

 Tak tahu bila apply free sample ni, tup-tup sampai rumah. Mungkin sebab ada masuh club, mungkin juga. Dah lama sebenarnya terima, cuma baru sekarang terhegeh nak buat entry. Nestum ni pun dah habis dalam masa dua hari...bukan baby yang makan....tapi baby besar yang makan.
 
Dua beradik kusyuk duk makan nestum.  Pada asalnya nak bagi kat anak saudara (baby) tapi si Balqis ni ada masa buka bungkusan tu, apakali merengek nak makan. Tak tahan sangat bagi ajer lah. Pastu si Faiha pun join sekali...makan lah nak oooiiii....licin satu kotak tu. Lagi tak habis lagi tu lah nak makan. Si Balqis ni mmg suka makan nestum, sbb tu kalu pg beli barang dapur mmg dielakkan pergi bahagian nestum, kalau tak mesti merengek nak beli...

Tuesday, January 21, 2014

'Nok beli nasik kunyit se!' I Resepi Nasi Pulut@Pulut Kuning versi tanak


 Inilah sarapan pagi saya hari ini. Akhirnya berjaya masak nasi pulut ini dengan jayanya setelah beberapa kali mencuba. Hangit, hangus, lembik  dan tawar memang dah rasai semua. Memang agak sukar nak masak nasik pulut versi tanak ni, salah sukatan memang tak jadi la. 

Nasik pulut versi tanak memang kegemaraan saya. Ditambah pula makan bersama dengan ikan kukus, perghhh memang terbaik la. Semestinya yang Mak masak paling sedap. Setiap kali balik kampung saya akan buat permintaan kat Mak, selalu minta Mak masak lebih supaya dapat tambah. Tapi mak kata susah masak banyak sebab pulut tak sempat masak dah hangus bahagian bawah. 

Apa bezanya nasi pulut yang kita selalu makan kat kenduri dengan yang ini? Sebenarnya sama sahaja cuma cara penyediaannya berlainan. Kalau di Terengganu, kat tempat saya, daerah lain mungkin berbeza panggilannya, pulut kuning disebut nasik kunyit. Ada dua jenis pulut, orang akan kata nasik pulut gaul nyor (kelapa) atau nasik kunyit@nasi pulut kuning. Nasi Kuning sangat berbeza yer...sama sekali tak sama. Nasi pulut ada dua versi, satu dikukus (yang ini biasanya dimakan ketika kenduri), di masak dalam kuantiti yang banyak, dan biasanya dimasak untuk jamuan. Manakala versi satu lagi ialah tanak. Tanak maksudnya kita masak dengan mencampurnya semua bahan dalam periuk kemudian letak atas dapur tunggu hingga masak. Sesuai untuk kuantiti sedikit sebab akan mudah hangus dan tak masak kalau masak dalam kuantiti yang banyak. Sesuai untu sarapan pagi.

Pilihan saya semestinya nasik pulut tanak berbanding pulut kukus yang agak muak kalau makan bertambah. ini pada saya yer. lain orang lain rasa. Lauk apa-apa pun boleh dimakan bersama nasik pulut seperti rendang, serunding, gulai ayam, gulai daging, gulai ikan. Pada saya , makan dengan ikan kukus lagi sedap.

perrrghhh...entry panjang lah pulak kali nin. Ok saya nak kongsi resepi saya ini berdasarkan pengalaman yang saya dah lalui ketika memasak nasik pulut ini.

Resepi: Pulut Kuning versi tanak

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut
santan pekat
air panas
daun pandan
sedikit minyak
sedikit garam
pewarna kuning [saya guna serbuk kunyit ajer]

cara-cara:
Campuran air panas dan santan tu agak-agak la kepekatanya. Jangan terlalu cair. Tak perlu banyak. Campulkan kesemua bahan dalam periuk. Santan tu sukatannya kurang dari sukatan kita masak nasi biasa. Ini untuk elak nasi lembik. Masak dengan api yang betul-betul kecil untuk elak nasi hangus dan tak masak. Bila dah kering sedikit, karih (guna senduk untuk ratakan nasi) nasi supaya tak berkerak. Tak apa letak santan sedikit kurang, sebab kalau nasi keras boleh ditambah air panas. Kalu tersalah lembik memang dah tak boleh buat apa dah.

sekian, selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...